Rabu, 28 Disember 2011

sayonara 2011

hah!tup tap tup tap,sudah pun nak masuk tahun baru iaitu tahun tak lain tak bukan 2012!!yaehh
jangan takut-cerita fasal dunia kan hancur pada tahun 2012 bukannya true story..itu ALLAH punya kuasa..hanya DIA saja yang tahu..
ya..banyak betul suka dan duka yang berlaku pada tahun 2011..nak story lah nih,.
alyn pernah bergaduh dengan farah,neaz,ani'saa,hanani,suriya..tapi alhamdulillah,.dah baik-baik semula..(just salah faham saja)..
tahun 2011 juga alyn memasang angan-angan yang tinggi iaitu hendak mendapat 8a..tapi..itulah kan?angan-angan hanya tinggal kenangan..5a pun tak jejak,inikan 8a..tapi alyn redha..mungkin ALLAH sengaja beri alyn yang sikit   maybe ada hikmah disebaliknya..berdoalah supaya diberi kesenangan dan rezeki yang luas,.AMINN~~
hanya itu sahaja coretan alyn hari ini..
O0opss..alyn lupa nak bagitau azam 2012 alyn ken?
1-nak tamatkan riwayat novel alyn
2-nak dapat yang terbaik dalam setiap peperiksaan penggal
3-nak kumpul duitlah..hehe..
4-nak beli kamera sony cybershot macam kawan alyn punye
5-raye tahun 2012 nak pakai baju polka dot (warna pink)
6-kalau boleh nak puasa penuh-tak mahu lubang2
7-nak jaga harta benda alyn dengan baik..
ya..itu sajala..banyak-banyak pun tak guna..ken?ken?
bubbye you all..psstt..komen la..asyik bace jer...alyn pun nak ade secret admirer blogger ..-ap secret admirer blogger tu?-

Ahad, 25 Disember 2011

result PMR ku.,(jangan menyibuk boley tak?)

hai,sudah lama alyn tidak memasukkan entry-entry terkini,.nak cerita,panjang sangat..sampai boleh buat karangan PMR..hah,sebut fasal PMR,baru-baru ini,alyn sudah dapat keputusan PMR yang ditunggu-tunggu..
tidak ada yang gagal (alhamdulillah)..tapi mendukacitakan,.masa nak ambil pun,cikgu noraini macam kecil hati dengan keputusan alyn..macam marah,.(hati alyn pun kecil tengok muka cikgu time tu)..huwaa..
sampai rumah,.tak lame,.satu kampung tanye-tanye,berapa A?..alyn pun tak faham,.kenapa asyik tanya A?tanyelah B ke..kan banyak nampa..haha..bukan nak salahkan fenomena alam..tak payahla nak sebok2 tanye result orang..result anak die macam cantik sangat...ok..bubye

Isnin, 10 Oktober 2011

PMR is FINish..yabedabeDoo!!

YEAHHHHHHHHHHHHHHH!!!
pmr sudah habisss!!now kita cuma kena berdoa,supaya ALLAH dapat memberi kita keputusan yang cemerlang belaka..alyn just target 6A je,,wat pe nk target bebanyak kalo kite ni tak pandai,,kan,,kan,,
skang ni,alyn dapatlah makan maggie,asam,,minum air berkarbonat,,dan segala macam makanan selepas berbulan-bulan berpantang (macam org bersalin pula),,hukhuk,,even da habis pmr,,alyn hendak menyambung semula novel alyn yang sudah lama terbengkalai di atas meja.
tetapi,malas pulak rasanya.

hari ini,rumah saya,,TAK ADA AIR!!tak guna!!syabas buat kerja lambat macam siput sedut,cari punca air kunun!cieeehh!!sorrry syabas..=3
walaupun tak ada air,saya tetap boleh online,,kenapa??sebab eletrik ada!!uhuk..baeklah,memandangkan alyn skarang ini tengah bizy mencari buku tesk yang hendak dipulangkan kepada sekolah semula,alyn nak cari sekarang jugak!okeylah..check it outttt..salam masam manis daripada..

Have a nice day with my blog =3

Assalamualaikum w.b.t
hai,,hai,,hai..bertemu kembali dalam blog alynmarsmallow
oleh kerana post-post alyn yang lama da alyn delete habes,
so sekarang ini,alyn nak buat semula post-post lain..
tujuan sebenar-benarnya alyn buat blog ini bukanlah hendak mengumpat atau membuka pekung di dada,
tetapi alyn hendak menceritakan tentang susur galur alynmarsmallow,
about my friend also my family tree,even alyn nih tak banyak berkata-kata di sekola (tipu jek)
akhirnya,alyn dan perdana menteri seluruh dunia bersetuju untuk menulis blog sebagai tempat luahan kata hati,,
wah,nampaknya alyn dah tulis banyak sangat.."apesal aku x perasan??"~monolog dalaman..ufufu..
okey,,alyn nak cau,teruskan membaca post2 di blog alyn..check it out